Nuffnang Ads

Followers

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak !!

Assalammualaikum semue !!

I'm so happy today sebab ape ? sebab esok nak puase dah yeay !! seronok giler !! dalam banyak2 tahun , tahun nieh rase seronok sangat sambut Ramadhan even puase pertama tak berbuke dengan family , i donno why hahaha . so hopefully Ramadhan kali boleh bawak banyak sangat makna untuk kite semue . Time bulan puase nieh la kita nak kumpul pahala banyak2 okeys !

Ramadhan disambut setiap tahun pada 1 Ramadhan mengikut kelendar Islam ! Bulan Ramadhan nieh kita sebagai umat Islam diwajibkan berpuasa seperti yang dinyatakan jugak dalam Rukun Islam kita yang ketiga iaitu apa ?? iaitu berpuasa sebulan dibulan Ramadhan =)

So apa itu puasa ?? puasa nieh mengikut istilah syara' membawa maksud iaitu menahan diri dari perkara khusus seperti syahwat kemaluan , iaitu bersetubuh dan perut iaitu makan dan minum , juga semue perkara2 yang membatalkan puasa . perkara2 ini bermula dari keluarnya fajar sehingga terbenamnya matahari .

So ape yang boleh menyebabkan puase kita terbatal ?? okey jawapannye jika kita muntah dengan sengaja  , mengeluarkan air mani  , melakukan hubungan seks pada siang hari , haid , nifas atau kelahiran bagi wanita , gila , pitam sepanjang hari , mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari , murtad iaitu keluar dari agama Islam .

Apa yang bestnye dalam bulan Ramadhan nieh , umat islam semue tertunggu2 Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar yang telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat islam!! ianya bererti Malam Al-Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan . ia berlaku pada 10 malam terakhir Ramadhan iaitu pada malam2 ganjil , dan ianya sengaja disembunyikan oleh Allah SWT agar manusia bersungguh2 untuk mencari malam tersebut 

Selain itu juge , bile time Ramadhan mesti kita ingat terawih kan !! ha .. terawih tuh adalah ibadah solat yang dilakukan pada waktu malam di bulan Ramadhan . Bermula waktunya selepas solat isya' dan berakhir dengan waktu masuk subuh . tidak termasuk sunat ratibah isya' dan solat witir . Dinamakan terawih kerana orang yang melakukannya akan berehat selepas 4 rakaan (2 salam) .

Ooh yang paling i tunggu2 bulan puase nieh is "BUBUR LAMBOK!!" Ya Allah tak sabar giler !! dulu i ada sorang member nieh suke sangat bawakkan i bubur lambok dari kampung baru , pernah makan bubur lambok kampung baru tak ??fuuh awesome sangat !! haha tak tau la puase kali nieh dapat ke tak hahaha . btw jangan lupe niat puase ok !!

I bukan ustazah , but i just nak kongsikan setakat apa yang i tahu je . so kalo ada salah dan silah harap boleh lah tegur , sebab ilmu i nieh hanyalah senipis kulit bawang bahkan lagi nipis . harap apa yang i kongsikan nieh sedikit sebanyak boleh menambahkan ilmu .

So that all from me , SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN AND SELAMAT BERPUASA !

XOXO !! yong =)






No comments:

Post a Comment