Nuffnang Ads

Followers

Monday, December 28, 2015

My Salary

Assalammualaikum

Hai ..

Actually tak ada apa punya yang best nak cerita untuk entry kali nieh . but aku tak nak berhabuk blog aku nieh . Ok, to make it simple, actually i dah hampir 2 bulan kerja dengan company baru, and kali ni I take a big challenges and lari dari bidang aku sebelum nieh, and now I'm working as telemarketing kat sentral vista, brickfields kl . Hahaha jauh kan lari nya .. dari part time cikgu, app/games developer .. tup2 lani aku lompat pie telemarketing . haha funny betul hidup aku ni . but, nak buat macam mana ? sekarang peluang pekerjaan untuk golongan macam aku ni hemm macam payoh aje . kee sebab aku yang mmang tak berkelayakkan or aku yang tak mencari dengan bersunguh-sungguh for bidang aku ? hemm entah la . but, sekarang ni, kerja je lah selagi ad kerje, biar lah tak minat or tak kena dengan jiwa, janji kerja niat kerana Allah, family and diri sendiri, kerja sungguh2 and ikhlas melakukan semue benda . tuh ja

Hemm, citer pasal gaji ni . kadang2 duduk KL terasa duit ni macam air.,haha korang tak rasa ke ? dengan tambang public transport makin naik . Before this, aku hanya spend every month RM100 for RAPIDKL sahaja. so dengan RM100 tuh, dah tak payah risau dah pergi balik kerja, kau nak pergi beli barang dapur naik lrt kesana kemari ke tak kisah .. sebab RM100 tuh memang for 1 month . But now,RAPID just kasi discount for 30days untuk pemegang card rapid, means now, duit yang akan ditolak, so dalam pengiraan aku, aku kene spend hampir RM150 pegi balik kerja for 20 days only . Chempaka to Tun Sambathan . blergh

And, now days RM50 kalau ada dalam poket, sure seminggu pun tak cukup . jangan cakap seminggu la . 3 hari pun belum tentu cukup . Entah bila aku boleh menyimpan tah la . kadang2 akhir bulan macam sekarang ni, memang ikat perut la . RM5 for a days . mengidam la ape pun, aku tetap kene spend less than RM5 .

Actually untuk aku, gaji yang aku dapat every month aku akan spend untuk
*MARA = RM100 (itupun kengkadang tak dapat bayar)
*BIL API AIR = RM30
*SEWA RUMAH = RM150
*CARD RAPID = RM144 20days + EXTRA 30 (in case emergency)
*HANTAR KAMPUNG = RM200 / RM 150 / RM100 (Ikut kemampuan bulan tuh)
*TOPAP INTERNET+CALL = RM40
*SIMPANAN = RM50 (if ada lebih lah)

ni semue paling minimum aku spend every month . tuh tak termasuk, belanja barang dapur, stock makanan , pakaian, belanje kehendak semua lah . haha .. so dengan gaji aku as telemarketing yang tak seberape ni, korang boleh fikir la,macam mana punya aku bersusah payah dok ikat perut akhir bulan tuh . hahaha . aku pun teringin jugak nak beli motor, kereta, tapi dengan gaji macam ni and dengan ekonomi sekarang .. simpan je lah niat ni . Insyallah, ada rezeki Allah nak kasi tuh, adalah . Kan ?

Cuma tuh lah, aku harap menteri2 kita boleh rasa semua bende yang aku lalui sekarang supaya masa akan datang, diorang tak ada lah kasi statement yang kadang2 aku rasa depa ni dok main cakap ja, sedangkan depa tak tahu kesusahan yang kami hadapi but they act like the know and they understand us . just, rasakan sendiri kesusahan rakyat yang gaji macam aku ni, and yang dapat lebih rendah dari aku ni . macam mana kaw survive dengan gaji RM 1300 in KL dengan bayar semua benda yang aku bayar selama ni, and makan minum kaw in 1 month ni mmg bergantung dengan gaji kau yang sebanyak RM1300 . tak ada side income or, duit dari mak ayah . NONE.

Entah lah, mungkin aku sorang je kut yang berada in this situation . Hihi . last things aku nak cakap, maafkan aku andai entry aku kali ni kut2 sensitive ka, or ad yang tak berkenan ka ya . just leave a comment and i'll read it . and .. and .. doakan aku murah rezeki selalu .

Thank you guys
Assalammualaikum

Monday, December 7, 2015

End off 2015 this month .

Assalammualaikum.

Hai guys, already December dah kan ? Terasa masa tuh berjalan lajuuu je ... kan ? Arwah Danial pun dah dekat 5 bulan lebih dah tinggalkan kiteorang . And, yes he still in our memories smpai bila-bila pun . 

And a few days/week ni, Malaysia digemparkan dengan berita kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Ismail pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru. Takziah kepada keluarga DiRaja Johor atas kemangkatan Almarhum Tunku Abdul Jalil.

Dan tak lupa juga dengan permergian seniwati negara kita iaitu Mariani Ismail, dan juga Pelakon/Pelawak tanah air kita iaitu Yussry Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu . Semoga mereka ditempatkan dikalangan kekasih Allah . Amiin . 

Memang kita tak boleh nak lari lansung dari ajal maut, so sementara kita yang masih ada atas muka bumi Allah ni, sama-sama kita kejar buat amalan untuk bekalan akhirat kita nanti . insyallah . soo.. see yu later guys . bye


Monday, November 2, 2015

Thing become more difficult now .

Assalammualaikum . Hi guys

Hi guys, a few days ni, banyak sangat la pulak masalah mai . susah hati jugak lah, but aku tau aku boleh hadapi bende2 ni . Insyallah . Hem .. actually 2 hari lepas, tengah syok2 berjalan dengan si farid, suddenly kaki dia sakit . tak boleh nak bergerak . Giler tak risau ! jenis aku kalau risau, mesti aku marah2 . Aku pun tak tahu ape pasai , but sirius ah .. time die cakap kaki die sakit .. pastuh muke macam nak nagis tuh perghh presure giler . ye lah ! tak tau nak buat ape . boleh pulak aku dok tanye soalan bodoh ke boyfriend aku tuh . kenape .. kenape .. kenape . mesti lah die sakit !! adoiyaii 

Starting hari tuh, memang aku rase the time has come and it surely will come . So aku kene get ready dengan semua kemungkinan but mesti lah aku harap masa tuh lambat lagi . Dengan keadaan dia yang belum prepare ape2 .. kewangan pun still tak stabil, nanti kalau tiba-tiba saat tuh memang dah datang and dia tak boleh berjalan macam mana ? aku pun bukan lagi bini dia nak tulong dia more than i could kan? sapa nak jaga dia? his an orphan, so risau jugak lah aku .. Tapi aku sentiasa mendoakan kesihatan dia . aku harap die boleh terus kuat untuk hadap penyakit ni, harap die boleh jaga diri bila aku tak ada nanti, and aku harap die tak stress dengan keadaan dia tuh . Semoga Allah melindungi, memberi engkau kekuatan dan kesabaran yang tinggi Farid . I'm always support you from behind my dear . 

4 tahun aku kenal dia, and tiba-tiba dia macam ni, hemm sape tak sedih . dulu dia jalan okey ja. tak stress2 .. tapi sekarang bila dia jalan pun makin teruk .. risau jugak lah aku, dia pun stress dengan kaki dia sendiri . hemm tambah lagi, hari tuh masa jalan sama-sama dengan dia nak keluar dari lrt tuh, ada orang2 awam dok gelak2 kn dia, and cakap dia mabuk . sedih aku dengar bile orang cakap die mabuk . tapi, farid sabar ja, die pun sepi ja tak cakap apa-apa . aku tau dia sedih, tapi sayang .. bukan semua orang tahu masalah kita kan ? jangan sedih ye . 

Petang ni baru nak pie bawak die klinik yang dekat2 ni . tak tau la ape doctor nak cakap . harap ada ubat yang dia boleh makan untuk kurangkan keadaan dia ni . Insyallah . 

So guys .. thanks for reading stories aku hari ni . And those yang selalu comment2 kat blog aku ni terime kasih tau . hihi sebab aku ingat tak ada orang nak membace blog bosan macam ni . but thanks . blog ni sekadar luahan hati aku yang tak tahu nak luahkan pada sape . tuh ja . hihi bye guys

see you next entry . Assalammualaikum
Ardios !



Thursday, October 29, 2015

ATAXIA

Hi guys,

This things happened back a few years ago, my boyfriends start loosing his body balance. Aku tak perasan pun sebenarnye .. tapi bile tahun lepas die dah start jalan asik nak tersadung, dah terhuyung hayang sikit tuh la yang aku perasan . tapi aku tak tanye lah . But this year aq perasan memang die dah teruk dari last year lah, buat kerje pun slow je, jalan pun kadang-kadang aku yg kene pegang dia la . Dia tak pergi kat mana-mana klinik/hospital untuk dapatkan ape2 rawatan or ubat pun .. sebab katanye penyakit dia ni tak ada penawar . macam aruah mak dia dlu jugak  .Cerebellum Ataxia . Saakit punca dari saraf otak . But, kalau tak try tak tahu lagi kan ?? aku bukan jenis mengalah selagi tak mencuba .

So, hari tuh dah pie Hosp Ampang, pastuh tak tau nak pie mana .. kami pun pie je lah yg bahagian rawatan kecemasan yg bawah tuh . rawatan kecemasan rasenya, tak ingat dah . pastuh nak daftar tuh .. tetibe ad staff tuh kata kalo sakit cam die tuh kene pie klinik dulu . Hemm so balik je la balik . awal bulan ni baru aq nak pie teman die pie klinik dlu, try je lah kan . kita usaha dlu . then nanti kalo x ad ubat ke nak try pie Darul Syifa' ke pastuh The Tole . orang cakap macam okey ja . entah la .. tuh je yang aku boleh pikir nak try usaha . Insyallah, kalo tak dapat pulihkan sepenuhnye, atleast adalah perubahan sikit kan . Mude lagi kut .. kami still 22 tahun .. nanti kalo die tak leh jalan dah macam mana pulak kan ? tah la banyak bende yang kami kene face on for our future . Hati die kene kental sikit la untuk terima ujian dari Allah ni . Aku ? tah ..aku kene belajar terima kekurangan dalam keadaan dia sekarang lah . Takkan sebab dia macam ni, hati aku berubah kan ? tak lah, cume kadang2 aku just fikir  future kita macam mana je .

Tapi Allah tuh takkan beri ujian yang hamba dia sendiri tak mampu nak pikul kan ? tak ape, kita sabar, berusaha, doa dan tawakal pada Dia yang satu . Insyallah  .

Farid ! Chaiyok , chaiyok !!  heeee

Tuh ja tuk hari ni. hihi terima kasih sudi membaca .

Bye

Ardioos !


Thursday, October 22, 2015

Under Presure

Hi, Assalammualaikum 

Lame sangat ni tak update blog . tak ada masa nak update la, serabut dengan kerje yang nak kene handle and sattle kan ni .. Bulan ni confirm nak berhenti kerje, cari kerje baru je la.. tak boleh kerje under presure macam ni dengan persekitaran yang kelam kabut and tak proper ni . Bos aku pun jenis yang tak memahami . Mintak macam2 demend tinggi2 padahal aku dah inform awal2 apa yang aku boleh buat dan tidak . tah la, nak salah kan dia 100% pun tak jugak, sebab salah aku lembap sangat nak belajar . tapi aku tak minat nak buat coding !! uwaaa .. so mana boleh paksa aku buat apps yang hardcore and ajar student dengan 0 knowledge rite ? sebab mula2 interview pun x mention pun aku akan buat mobile app kan ?? Tak tau la aku ni, hidup bila nak stabil tah . Lepas ni nak kene cari kerje baru lagi . Allah .. semoga dipermudahkan lah . Kalo tak kerja, macam mana aku nak bayar rumah sewe ? takkan nak balik kampung kan ? mampus kene balun ngan bapak aku, kerje KL dah la tak ada simpanan ape2, balik kampung nyusahkan mak ayah aku . blergh, sokay insyallah ada peluang untuk aku . Doa kan aku ye ! 

Uhh uuhh btw hari ni special days aku lah . kikiki Happy 3rd or 4th anniversery Farid !! hahaha lupe lah berape taon dah ... kuang kuang. May we have a good future, sebab nak jugak kawin mude !! hahaha semoga dipercepatkan jodoh, dimurahkan rezeki kita, dan semoga awak bertambah sihat ye . Insyallah. 

Okey , tuh ja post aku kali ni. serabut sangat sampai tak tau nak cerita apa . hee thanks for reading guys :)

Bye
Assalammualaikum

Wednesday, July 29, 2015

Ahmad Danial Ibrahim

Assalammualaikum .

29 Ramadhan 1436 Hijrah, bersamaan 16 Julai 2015, Ahmad Danial B. Ibrahim, telah kembali pada penciptanya, dan pergi tinggalkan kami . Sepsis with multiorgan failure . Tak siapa pun sangka dia akan pergi dengan umur yang begitu muda . Betul la tuh, ajal maut tak kira tua atau muda pun.

Aku sampai sekarang masih terasa2 semua ni just mimpi ngeri ja . Tapi sekarang, aku redho dengan pemergian dia. Cuma aku ambil masa dengan keadaan nieh . Dulu, mana2 aku pergi ada ja dia kat sebelah . banyak sangat bende kami buat sama2 .

Aku, Dan, Faris, Dina .. mana2 pergi ja berempat . Kita pie rumah kaw kat semenyih tuh naik motor, sampai ke putrajaya kita merayap . Then bila kat kedai makan LRT Corner tuh, kalo faris and dina pie merayap pie kedai . kita lepak2 jap kat buaian sembang2 pasal crush kaw, family kaw, farid aku, family aku . kaw memang pendengar setia aku . semua masalah aku kaw dengar . semua masalah aku ada ja kaw selitkan nasihat untuk aku . even kalau aku gaduh dengan farid pun, kau yang nasihat ke aku macam2. tapi lepas ni, sapa ja nak dengar masalah aku dari A-Z dan ? Sapa yang nak kasi nasihat ke aku dan ?

Ingat tak masa kita pie main rollerblade kat titiwangsa. kaw yang ajak, tapi kaw tak nak main pulak . sampai razzi dengan faris bising .last2 kita main basikal . kaw follow belakang, tengok aku dengan dina main basikal . kaw siap bising2 lagi kat belakang "jangan bawak laju2.. gelap ni. nnti jatuh dalam tasik aku tak boleh nak selamatkan kaw" haha . sumpah rasa selamat everytime aku ada dengan kaw .

Kaw kawan lelaki pertama aku yang ajak solat berjemaah sama2 masa time kita pie seremban tengok bob tuh .time tuh kita tak rapat lagi, then kaw offer kat aku and dina "nak solat sama2 tak", tapi aku tolak sebab masa tuh aku tak tau solat berjemaah dan . sebab tuh aku tolak perlawaan kaw . Sampai sekarang aku ingat dan . Dari situ kita dah start rapat dah kan .

Malam2 aku selalu kacaw kaw, "gemoks, kaw buat apew?" haha rindu doh nk wasap kaw malam2 bute . bila kaw buat lawak hambar, and aku tak faham . mesti kaw cakp "adoi, boring betul la kaw ni . baaik jadi siput" haha rindu la seyy .

Kaw tau ape paling aku rindu ? aku rindu kaw wasap aku ajak aku makan . Kaw tak pernah lupa tnya aku dah makan ke belom . sebab kaw tau aku kuat makan . Pagi, petang, malam mesti tak pernah lupa aku . "oi gemok, turun. aku kat bawah ni" hahahaha . sumpah aku sedih danial .

Aku sampai sekarang, kalau keluar jalan ramai2, aku dah biase tinggalkan ruang kosong kat sebelah aku . sebab biasanya kaw akan jalan sebalah aku .Sekarang, aku rasa kosong . aku pergi mana2 pun , ceruk mana pun mesti ada 2/3 memori kita berempat . hati aku ni tak tau la nak cakap macam mana dah . tapi aku kene kuat, kene biasa kan diri mulai sekarang . aku kene terima hakikat, kaw tak ada dengan aku dah . aku kalau sedih macam ni, sedih lagi faris yang kenal kaw dekat 4 tahun tuh ., and lagi sedih ibu and ayah kaw danial . Masa kenduri tahlil kaaw cukup 7 hari tuh, ibu kaw peluk aku nangis2 . Allah, sebab danial. sebak . kaw paling.. sayang ibu kaw kan . dulu time kaw sakit, kaw cakap kat aku . kaw nak sihat cepat . tak nak kasi ibu kau risau . kan ? Tapi Allah tuh lagi sayang kaw danial .

Ingat masa time konvo kita tahun lepas ? ibu ayah aku tak datang . sorang pun tak dapat hadir hari convo aku . tapi kaw tak biar kan kami . kita pergi berempat dengan family kaw naik van . kan ? Aku tak rasa sedih sangat sebab koranga ada dengan aku waktu tuh . And paling aku tak boleh lupa time tuh, semua orang dapat bunga . tapi aku sape2 pun tak kasi aku bunga . Then dalam kita jalan sesame , tetiba kaw hilang, and kaw datang bawak bunga and bear untuk aku . kaw cakap "Nah, kata tak ada orang kasi kaw bunga, ni bunga untuk kaw" .. haha kaw tau x aku terharu giler time tuh . bila aku ingat balik ni , sumpah aku sedih danial . Terima kasih untuk waktu tuh dan . Bila aku senyap ja dalam van, kaw cakap "dah yong, jangan sedih, kiteorangkan ada" Allah .. Sumpah aku sayang kaw .

Aku harap, kat sana nanti kaw akan jumpa bidadari yang paling lawa atas sana . macam yang kaw impikan sebelum ni . and semoga Allah tempat kan kaw diantara orang2 yang beriman dan beramal soleh danial .Beruntungnya engkaw dapat pergi dalam bulan Ramadhan danial .

Terima kasih jadi sahabat aku yang tiada galang ganti danial. kaw anugerah Allah untuk kami, walau dipinjam sekejap ja pada kami . Selama aku kenal kaw, kaw anak yang soleh solehah, taat perintah Allah, hati kaw ikhlas danial, and baik budi pekerti kaw. aku tak lupa semua tuh . Terima kasih untuk segala memori kita . Aku simpan rapi2 memori kita ni .Semua pertolongan engkaw pada aku, aku ingat sampai bila2 dan . Jatuh duduk aku, bangkitnya aku, sedih gembiranya aku, kaw selalu ada untuk aku . kaw, dina and faris . Aku harap, aku tak lupa wajah kaw, and seorang Ahmad Danial untuk aku .
















IN MEMORIES
Al-Fatihah Ahmad Danial 
1993-2015


Tuesday, July 14, 2015

Serabut :'(

Boleh tak aku nak give up on everythings, berhenti kerja and cari jalan nak sambung degree and .. pikir macam mana nak survive sendiri sepanjang tempoh pengajian tuh ? Boleh tak ?? Please, I’m sick of all this .Gaji aku 16++, but i dont have EPF, SOCSO. And im not doing for one job only. Aku mengajar, buat game, jadi cashier, jaga kedai, susun barang and now bos aq tengah mengkusutkan kepala otak aku dengan mobile apps .

Maigosh, cannot handle all of this , kalo dia tak kasi pressure tak pe, aku boleh berlajar perlahan2 . ni tak .. tiap mase dok tanye aku pasal mobile apps . Aduii pening pale aku ni. Dah la aku sorang ja pekerja dia, nak push2 aku macam dia ni amik student mobile computing,  dekan 6 sem berturut2. Dari mula lagi aku dah cakap, aku mobile apps zero knowledge, so what do you expect?
Aku ni dah la lembap orang nya, push2 aku macam ni fadup aku nak kerja . Dulu masa memula datang interview, cakap aku kerja buat animation . Then lari pie buat games, tak apa laa aku boleh terima. Sekarang nak suruh aku buat mobile apps pulak . Allahh ... pening aku macam ni .
Aku pun tak tahu berape lame boleh survive dekat tempat ni . Bukan aku tak suka dengan kerja aku, aku suka kuutt .. Cuma .. kadang2 bila fikir balik .. aku tak selesa dengan persekitaran tempat kerja aku . Macam kadang2 tuh rimas tau . Aku tak ad main office, so aku buat game semua kerja kat meja cashier . So, bila idea aku tengah berkembang ka, tengah busy ka .. tetiba terganggu disebabkan kena jaga mesin cashier bila customer datang .

Then, baru2 ni bos aku mengamok sebab ada lah pekerja kedai ni cakap aku tak buat kerja, asik dok bersembang aja . Hello, aku kerja buat game ja kay, hang nak expect aku buat kerja kedai jugak ? susun barang macam aku memula masuk kerja ? haish, abis apa guna pekerja kedai hang tuh ? yup, memang salah aku pun sebab asik bersembang ja, tapi pernah ka aku tak siapkan kerja yang hang mintak ? tak pernah pun. Habis, aku ni kena 24 jam hadap laptop aku ja ka ?  jangn sembang2 dengan orang ? cammon la, banyak sangat masalah kat kedai ni . siriusly aku tak selesa .
Habis bulan 7 nieh, kira dah 4 bulan aku kerja kat sini . Aku pun tak sure boleh teruskan ke tak kerja sini . kalo aku berenti .. kene cari kerja baru dengan gaji yang sama atau lebih dari sebelum ni . apa lahh nasib aku ni . kerja 3/4 bulan dah berhenti . Sampai bapak aku sendiri cakap, aku ni tak ada pendirian . sedih L

Aku sekarang tengah fikir nak sambung belajar ni, tapi mana pulak aku nak cakaw duit pendaftaran ? duit pengajian? Duit tiap2 bulan nak makan, belanja semua ?? sape nak support aku ? L Memang tak lah aku nak mintak duit bapak aku. Dia kat kampung tuh pun cukup2 makan ja . Aku nak amik course Multimedia kat UNIKL tuh .. dah 2 kali aku tolak tawaran UNIKL tiap kali masuk intake . Mane nak buat, tak ada rezeki pun..


Tah la, aku pun dah redho dengan jalan yang Allah tengah aturkan untuk aku ni . Dia sorang ja tau apa nasib aku pas ni . hemm so tuh ja la aaku yang boleh ngadu ke hampa . thanks for readiing . Oh ya ! SELAMAT HARI RAYA guys :D

Thursday, July 9, 2015

Ujian Dia

Assalamualaikum

28 June 2015 (PETANG 9.00 AM)

Member aku Danial kene tahan wad Hosp Kajang . dah 3 weeks muntah2. check klinik doctor cakap gestrik. But it's already 3 weeks dah. kesian giler tengok dia, nak makan je muntah. Last2 pie Hosp Kajang kene tahan . syak hepatits .

28 June 2015 (MALAM 9.00 PM)

Malam tuh, aku dapat wasap yang mengatakan "Danial sedang kritikal" .  Allah.. tak tahu la macam mana nak gambarkan perasaan waktu tuh .

29 June 2015 (PAGI 12.30 AM)

Pagi, dalam pukul 12.30 macam tuh, dapat wasap lagi. "Danial dipindahkan ke Hosp Ampang" . Waktu tuh, memang tak senang duduk dah bila kawan baik kaw dah sakit sampai macam tuh sekali . nak pergi kerja hari tuh pun.. sumpah tak ad mood. dengan risau nya,sedihnya, kusut nya . Tak tahu lah nak cakap ape. Tapi last2 doctor cakap, confirm kene kencing tikus. :'(

Pagi pukul 9.30, dapat wassap lagi. dia still tak sedarkan diri and diberi rawatan pernafasan . Allahu .. lindungilah sahabat aku .

Petang tuh, lepas habis kerja, macam pelesit aku balik . Semangat nak tngok budak tuh . lagipun waktu melawat 4.30 smpai pukul 7, so habis kerja kul 5 terus kene rushing pie sana. Sampai sana bila tibe turn aku, masuk2 .. mau berderai air mate aku tengok dia . dengan wayar sana sini , tiub2 , mesin2 kiri kanan , tangan kene ikat . Allahhuu tak tau la aku nak cakap waktu tuh. Yang aku tau, aku mintak Allah sihat kan dan sembuhkan balik sahabat aku sorang tuh . Tak sampai 5 minit pun aku tengok dia, sumpah tak sampai hati tengok dia macam tuh .

30 June 2015 (Pagi waktu sahur)

Bulan2 pose, waktu bersahur pulak .. tayar moto si dan kene rembat . Allahhuuu , berat betul dugaan sahabat2 aku kali ni . Tengahari pulak, ayah si dan cakap danial dah stabil, tiub pernafasan dah tanggal, just bergantung dengan mask pernafasan pulak . Alhamdulillah . Hari tuh, kami semue tengok dia pun, dia still dalam mamai2 . cakap tuh memang boleh, but still lemah lagi lah. Tapi hati ni dah lega dah tengok dia dah boleh berkomunikasi .

1 July 2015 (Tengahari)

Si gemok tuh dah makin baik, but doctor still buat test darah lagi. Hari ni pie melawat dia, macam2 dia mintak. Air tembikai laa , lontong laa, sarang semut la, spegetti lah. Hambooii hahaha, siap boleh buat lawak hambar lagi . blergh .. :)

2 July 2015 (Petang)

Hari nieh, si gemok tuh dah nak pindah hosp kajang balik . Aku balik kerja terus shoot naik teksi pie hosp ampang, kut2 sempat kaa.. sampai kat pintu kecemasan, aku tengok dia dah masuk dalam ambulance. Uwaa cediihhh, pakcik teksi pulak tak mau bukak pintu, nak kira duit sampai cukup. Hantu betul, dah macam drama dah aku dok suh dia bukak pintu. Lari2 sampai ke ambulance tengok kak long dia dah msuk dah. bukan ape, takut nanti die dah pindah hosp kajang, aku dah tak boleh tengok dia dah. Jauuhh .. so aku sempat cakap bye bye je ke dia. tuh pun tak nampak pun muka dia. uwaa cedihhhh :')

3 July 2015 (Tengahari)

Bad news, si dan kene masuk ICU balik sebab jatung, paru2,buah pinggang and hati dah bengkak . Allah .. ujian apa lagi Kau uji dia.

6 July 2015 (Petang)

Hari ni, si dan kritikal . Jantung dia dibantu mesin hayat .. kami yang jauh ni, mampu berdoa ja, semoga dia diberi kesihatan sidia kala .

7 July 2015 ( Pagi)

Dia dimasukkan darah, and sampai hari ini aku still tak tahu perkembangan dia yang terkini. But Insyallah, sabtu ni aku pie tengok dia . sebab rabu dah nak balik perak . so harap before aku balik beraye dapat tengok dia sekejap . Sedih kut, dah nak raya pun dia still macam tuh jugak . kami nak beraye pun teringat2 dia .

Thank for reading, entry aku kali ni, maaf membosankan . Tapi kalo korang sudi,
mohon korang doakan untuk sahabat aku Ahmad Danial Bin Ibrahim untuk kembali sihat macam dulu . sebab kami sumpah rindu giler kedia. Selamat Hari Raya Danial :')


Monday, June 8, 2015

Mashed potatoes

Guys, 

Kau rasa,perasaan yang dok bersarang dalam hati aku ni ada expired date tak ? Sebab kadang-kadang nak simpan lama pun berat jugak hati aku nak bawak merata . so kalo ad expired date senang sikit, dah expired buang je, ringan sikit, and kalau boleh aku tak nak tinggalkan bekas dia lansung . Ada tak ?

Dah lama sebenarnya perasaan ni tak muncul, tak tau la kenape boleh tiba-tiba je muncul sampai aku pun naik serabut . Kalau boleh aku nak elak ja, tapi tah macam mana aku boleh tersangkut pulak . Memang lemah pun aku ni . rasa nak tampar pipi sendiri . cukup-cukup la dengan pengajaran lepas , aku tak nak lagi hati aku luka . rasa dah cukup dah . Lagipun aku patut hargai manusia yang sayang aku lebih dari diri dia sendiri, macam sebelum ni. Hemm teruk kan aku ? memang teruk pun plus bahalol sesangat.

Sebab tuh aku selalu salahkan diri sendiri sebab senang sangat nak sayang orang lain .Dari dulu sampai sekarang . LEMAH ! kadang-kadang aku cakap padan muka ja ke diri sendiri, sebab bodoh sangat . Patut aku dah kunci pintu hati aku rapat2, kunci buang terus dalam sungai kerayong . Tak ada la aku nak kutip balik . sekarang macam mana ? aku tak ada solution ! Solution ni pun tak ada jual kat guardian pun HAHAHAHA hambar siaaa :'D

Tapi macam yang aku cakap before this, jodoh, ajal & pertemuan semua kat tangan Dia . Semua dah tertulis di Luh Mahfuz .Sedih-sedih aku, cemburu-cemburu aku, sesakit hati mana pun hati aku, aku patut happy bila aku tengok kau pun happy . Eh, dah la dah la . cukup la syok sendiri, cukup la kene friendzone hahahahahaha . Tapi nak buat macam manaaaa bukan aku tau dia nak mai !!! Uwaaaa ! T.T

 K bye

Wednesday, May 20, 2015

Harapan

Hai.

Assalamualaikum. Macam biase, aku update blog ni pun tak ada bende manarik pun nak diceritakan.
Cuma, sejak balik dari kampung minggu lepas hati aku rasa sedih bila teringat ayah aku. Bukan sedih ape. Aku rasa macam useless as anak sulung, aku tak boleh tunaikan impian and hajat ayah aku lagi. Sedih kan? Ke aku masih muda lagi untuk tunai kan hajat2 dia ? tah laa, tapi apa yang aku rasa sekarang, aku cuma nak tunaikan apa die nak. Tapi aku masih tak mampu lagi . Sorry ayah.

Aku tau, apa kat hati ayah tuh. Mintak maaf sebab tak boleh nak tolong ayah dapat kan kerete baru. Nanti tira cepat2 buat lesen kerete ye. Maaf ayah, atira pun still merangkak2 lagi nak cari rezeki nak bahagi2 kan ke awok . sy tau sy bagi pun tak banyak, tapi saya harap masa akan datang, Insyallah saya boleh bagi lebih ke awok dengan ibu. sy tak lupa nak kongsi rezeki saya dengan awak. Maaf sebab tak boleh lagi nak tunaikan impian awak. Sabar sikit ye ayah. Jangan putus harap dengan atira .

Hurm .. now aku masih belajar kawal perbelanjaan aku, masih belajar untuk simpan duit, masih belajar untuk bahagi kan rezeki aq kat orang lain. Umur 22 ni dah tentu banyak bende yang aku nak achieve. Yang dulu kaw tak pernah dapat, and now kaw boleh dapat atas usaha kaw sendiri. Tapi bila fikir balik, kadang2 aku kene kuburkan semua tuh. Ah, keinginan ke semua tuh, bukan keperluan pun ! tapi aku sendiri kalah. Hahaha . Tapi Insyallah, Allah permudahkan semuanya. Aminn.

Tuh ja nak merapu hari ini. Patut nya, aku type benda ni semua dalam diary, tapi dah lama sangat dah aku tinggalkan zaman diary aku. Hihihihih . K lah bye :)

Wednesday, April 29, 2015

Changes

Selamat Pagi !

Still nothings special tentang hidup aku, but it's been better than the old one. Hihi and It's almost been a month I'm working in a new place as .. Cashier boleh, tukang photostat boleh, ermm tukang susun barang, kemas kedai, cikgu sekolah pun boleh and Animation/Games dev, and coming soon .. Mobile Apps dev maybe? hahaha pening kan aku kerje ape. Aku pun pening jugak bile tanye aq kerje ape haha .

Hahaha gini2,. acc kerja under YoungAnimators, aku buat games for children, but aku tak ad main office, sebab office lama tuh ada la problem dia whatever lah, and kebetulan my bos ada banyak sangat kedai runcit, and one of it is infront of Kolej PolyTech Mara tuh, so everyday aku just datang kerja buat kerja kat kedai tuh ja. Kedai tuh ada sediakan perkhidmatan print, photostat and etc lah, so at the same time, kalo orang ramai tuh, automatik career aq bertukar jadi cashier lah, jadi tukang photostat lah, kalo stock baru sampai .. pekerja tak cukup, aku lah jadi tukang susun2 barang. hahaha kerja tak susah pun, aku buat game pun bukan kerja dari pagi sampai petang nak menghadap game. mau barai doh otak . And every monday pulak career aku lagi sekali bertukar hahahha, aku jadi teacher pulak mengajar kat SK Sri Nobel area PJ, mengajar bebudak buat game . So every month aku kena create 1 game yang boleh aku ajar bebudak nieh untuk create game diaorang sendiri. Haa macam tuh la cerita nya, faham tak ?? faham tak ? Gaji ?? hee ok la dari kerja kerani dulu tuh . Lepas lah nak bayar itu, nak bayar ini . Tak banyak and tak sikit lah, Kata orang lepas lah nak hidup kat KL nieh . Hehehehehehehe .

So itu je aq nak megarut untuk hari ni , sekian :)

Saturday, March 28, 2015

Memories

Selamat Pagi, Petang dan Malam :)

Tadi terserempak dengan budak-budak dok berkumpul depan 7-E busy main COC. Tak fun lansung life budak-budak sekarang kan ? haha.

Dulu walau aku perempuan tapi, lasak macam lelaki, lepas tuh degil nak mampos sampai semua bende aku pernah rasa dari aruah ibu aku. Hahaha .. tapak tangan dia, hanger dari plastic, tukar kayu, tukar besi haha ..semua tak lut, tak tahu la kulit apa aku ni . getah paip ? jangan cakap la .. sedap woo kalau kene, nak tido malam lena jugak la haha sebab apa ? sebab malam-malam lepas mak aku balun aku sebab degil dan nakal sangat .. dia mesti mai bilik aku sapu minyak. Hihi sumpah rindu nak dengar dia mengamuk lagi hahaha .

Dulu masa aku kecik-kecik sebelum adik aku no 2, anis tuh lahir, aku tak ada kawan perempuan. kawan aku semua lelaki and kawan baik aku masa tuh adalah adik sepupu aku nama dia Iskandar bawah setahun dari aku. Dia je kawan aku waktu tuh, dia ajak panjat pokok .. aku panjat.. sampai terusik sarang kerengga lepastuh sorang-sorang .. gedebuk jatuh pokok . tinggi kut pokok tuh . yang best aku still maintain dengan badan calar balar tak nangis lansung, adik sepupu aku je yang menangis sakit-sakit..balik tambah kene balun dengan ibu dia . kahkahkahkah . lepas tuh kitaorang main dalam longkang la, tangkap pepatung dengan ladybird masuk dalam botol kosong. yang paling tak boleh bla dan sampai hari ni aku rasa aku dengan Is sebiji macam citer cartoon "CAT & DOG" sebab apa tau ? sebab kiteorang suka kejar lori sampah .. KAHKAHKAHKAH bodo melekat sampai sekarang bodoh aku ni hahahha .

1st time aku bawak basikal , aruah ibu aku yang ajar. Aku ingat lagi .. basikal besar warna merah ada raga kat depan dia . masa belajar tuh jatuh banyak kali , sampai ma aku fadeup nak ajar aku last-last dia masuk rumah. Actually aku tau je bawak basikal, tapi saja ngade-ngade nak susahkan ibu aku yang tak ada kerja time tuh . tapi dia merajuk pulak haha . lepas dia masuk .. aku action depan dia . bawak basikal, die senyum pastuh tepuk tangan cakap aku pandai hahaha . kembang macam mangkuk la aku . kiki

Pernah sekali tuh, aku gaduh dengan ibu aku. Lepastuh melawan cakap dia .. hentak-hentak kaki masuk bilik. Belum nak jejak kaki dalam bilik.. tetibe aku rase something masuk dalam seluar lagging aku time , Sumpah geli gile babi kut ! mengelupur aku nak tarik kaki seluar .. tapi sebab seluar tuh legging jadi.. aku mampu tepuk je dari luar . sekali CREETT !! . aiyekk geli aku tuh boleh demam esok hari tau . Hahaha . Bapak aku mai2 die tarik kaki seluar aq tengok2 rupanya lipas KAHKAHKAHKAH .. penyek sampai keluar isi putih kau tau ! YAKS ! and sampai sekarang aku paling fobia dengan lipas, nak2 kalo dia dah kembangkan kepak dia ! DAMM SHIT ! haha . Moral of stories .. kaw jangan nak degiil melawan cakap ibu .. 2/3 tapak pun dah Tuhan nak kasi balasan HAHAHAHA .

Bila time banjir tuh yang shok time tuh tau , sebab time tuh main2 sampan . duduk atas tin biskut besar yang kosong tuh pastuh dayung2 pergi rumah Is kat sebelah.. action ke dia haha . perghh best giler.. ibu aku dok perati je aku dalam rumah hahaha . Banjir time tuh tak ad la tinggi sangat, tapi lepas lah kalo nak main2 sampan. Kadang- aku curi kotak gabus ibu aku duduk dalam tuh main dayung2 sampan. dulu ringan, sekarang kalo aku masuk tak muat, lagi 1 .. smpai mampus kaw nk duduk dalam kotak tuh pun takkan terapung hahahaha .

Citer waktu sekolah ? Hahaha dulu aku pernah lari sekolah tadika kaw tahu ? aq lari sekolah time tuh sebab aku tak suka dengan cikgu aku. so end up aku panjat pagar sekolah waktu cikgu tengah mengajar and lari balik rumah anak angkat aruah ibu aku dulu, betul2 depan sekolah. so abang aku hantar la aku balik rumah . sampai rumah mak aku dah macam singe , tunggu time abang aku balik .. memang habis teruk la aku kene balun . hahaha. ibu aku marah aku, tak marah cikgu pun .. bengang gila aku. Then ibu aku masukkan aku kat tadika campuran mse tuh .. "Tadika Roshies" tak silap aku, 1st day masuk sekolah aku dah fobia, pastuh aku nagis2 pegang ibu aku.. nak tak nak cikgu aku pegang aku .. lepastuh ibu aku lari terus kunci pagar hahahahha . gile la cikgu time tuh dengar aku meraung. dah lama nagis aku fikir cara yang sama nak lari sekolah tau.. sekali aku dah habis panjat last2 pagar dia ada yang tajam2 macam tombak kat atas tuh, lagi bertambah sedih aku tak leh nak keluar dari situ . Kahkahkah . tapi akhirnya aku berjaya juga bergaul dengan bebudak and cikgu dalam kelas tuh smpai aku 6 tahun . hihihi. petang aku sekolah TADIKA PASTI, ustazah baik belaka so aku tak ada pun buat masalah time dekat situ hihi .

Actually banyak je bende yang aku through a lot masa aku budak-budak . nak citer sini memang tak cukup sehari la kan aku nak cerita . hihihihi but tuh la aku cakap , dulu masa aku bebudak hidup macam syurga kan.. tak ada masalah , happy nak main-main , life lagi gile gempak siap main kejar-kejar dengan lori sampah kahkahkahkah . K tuh je nak citer .

Mekasih sebab korang rajin nak baca kaarangan panjang lebar aku ni . Hiks ,

BYE 

Thursday, March 26, 2015

BLUE TICK

Pagi !

Hari ni aku berani kan diri,
Tajamkan minda,
Kuatkan jari jemari,
Dan type... type.. type.. type..
Done !

Hembus nafas,
Hati berdebar-debar tunggu blue tick.
2 minit berlalu ..

Belum lagi ...

3 minit ..

4 minit ..

5 minit ..

Masih belum baca lagi !
Perut aku memulas minta dikeluarkan isi ..
Shittt tak boleh ! aku kene tunggu sampai blue tick !

And YES !!
Dia dah baca !

Type.. type ... type... type..
Lamenye dia type,
Time tuh jugak isi perut aku putar-putar macam dalam mesin basuh .

"Hi, Miss after we discussed, we want to know, bila miss boleh start kerja?"

Maigod Alhamdulillah !!! ape nak buat ni !!
Excited sangat sampai aq stuck tak tahu nak type apa.
Perut yang berpusing-pusing minta keluarkan isi ni pun excited, sakit perut !
Otak pulak tiba-tiba beku .
Dammit.
Tetiba rasa nak nagis . Hahaha . Hati aku rapuh . Gembira kemain.

"Ist April or May?" (blue tick)

"ok"

HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHA

jawapan pendek, walau tak puas tapi ..
TOLONG AKU BERTERBANGAN DI AWAN .

Terima kasih atas rezeki ini Ya Allah
Semoga ini satu permulaan yang bagus?
Insyallah .

*tq faris ! hihihihihih :)


Wednesday, March 25, 2015

Rindu

Petang

Malam tadi aku mimpi dia yang banyak berjasa .
Malam tadi aq keluarkan semua takungan air mata aku.
Malam tadi aku peluk erat dia.
Malam tadi aq tanya banyak soalan yang selama ni berlegar-legar dalam kepala otak aku .
Mungkin sebab aku terlalu rindukan dia.
Walau aku terjaga, memang betul mata aku tahu apa hati aku rasa,
Aku tak halang pun air mata aku untuk jatuh,
Sebab aku pun penat simpan terlalu lama
Tapi..
Aku ego ..
Dan dia juga?
Mungkin ?

Aku tak tahu mana nak mulakan
Apa yang patut aku bualkan.
Bila masa yang sesuai untuk aku hubungi dia .
Aku tak tahu !

Tahu tak dia .. aku tak pernah lupakan jasa dia?
Sampai sekarang aku tak pernah lupa dengan orang yang dah banyak tolong aku .
Tahu tak dia ?
11 tahun dia yang banyak berjasa, aku ingat setiap satu .

Tapi sekarang dia menjauh dari aku.
Punca dari aku ?
Yang tak pandai berterima kasih ?
Yang call dan whatsapp hanya bila perlu ?
Bila poket kering .. tak tebal masa awal bulan .
Dia saja yang boleh membantu
Tapi ..
Semua silap aku .
Mintak maaf.
Aku tahu engkau tak membaca .
Tapi aku mohon engkau tahu
Aku rindu kan engkau.
Yang dulu selalu amik kisah tentang aku dan adik-adik.
Dulu engkau seorang pengganti ibu bagi aku,
Tapi sekarang mungkin engau lelah,
Ambil tahu tentang manusia yang tak pandai nak menghargai
Mintak maaf.

Tapi satu hari,
Mungkin aku akan bersedia untuk berdiri depan pintu rumah engkau.
Saat itu,
Aku cuma minta engkau maafkan aku,
Halal kan segala yang kau beri pada aku,
Takut juga aku,
Ditarik nyawa saat aku tak sempat nak minta maaf,
Maafkan aku Yong Zuraida Ibrahim .
Aku tak pernah lupakan engkau.

Sekarang hampir 2 tahun aku hidup di K.L ..
Tanpa bantuan dari dia .
Alhamdulillah .. masih teguh berdiri.
Allah pula , maha pemurah.
Walau aku punya penuh dosa, rezeki aku tak pernah dia tak bagi .
Walau aku tak taat dan tak patuh pada perintah-DIA ,
DIA ada saja hantar bantuan bila aku fikir tiada jalan untuk aku .
Aku saja one of kalangan manusia yang tak sedar diuntung,
Yang tak reti nak menghargai,
Dan yang tak reti berterima kasih ..


Wednesday, March 4, 2015

Sayang


Dari azali..
Memang hati ni mudah sangat nak sayang manusia
Kengkadang aku tertanya juga..

Lemah ke aku ?

Rapuh sangat ke hati aku ?

Atau

Lembut sangat ke jiwa aku ?

Macam-macam jenis manusia dah aku sayang ..
Berkali jugalah aku jahit hati sendiri,
Tipu kalau aku cakap tak sakit,
Tapi apa aku boleh buat ?

Bila kawan baik sendiri jadi duri dalam daging,
Bila crush kau hadir mainkan hati,
Bila saudara sendiri mengungkit jasa,
Bila manusia jadi tak kenang budi ?

Apa boleh aku buat ?

Diam.

"Tapi sakit itu bisa sembuh"

Thursday, February 26, 2015

Konon ..


Pernah rase tak .. bila kau hilang someone,
Dah bertahun sudah ...
Lama ..
13 tahun lamanya ?

Then ..
Bila one days kau dengan tiba-tiba ..
Rindu ?
Maksud aku rindu yang teramat?

Hati kau dah lama abaikan rindu yang hadir tuh,
Belum sempat dia berbisik,
kau dah pergi tanpa mendengar?
konon kau tak mahu hati kau sedih 

Konon,
Kau tak mahu titiskan lagi air mata,
Berlagak macam tak ada apa dengan kehilangan tuh,
Tapi sebenarnya ?

Aku tau kau rindu,
Bau harum dia ..
Senyuman dia ..
Gelak tawa dia ..

Masakkan dia ?
Setiap patah bicara dia?
Dan paling kau rindukan,
Belaian dia 

Ingat waktu dia pergi tingalkan segala?
Kali terakhir kau bersua?
Bila mana , dia ucap "Jaga diri'
Kau harap ini semua hanya mimpi.

Kau ketawa kecik,
Fikir semua ini hanya gurauan,
Paling tidak pun hanya mimpi ngeri,
Tapi bila kau sedar .. semua ni mmg realtity.

Hati kau bagai ..
dicabut ..
direntap ..
diragut ..

Macam orang gila ,
kau meratap
kau merayu
Tapi dia tetap dijemput ..

Aku tahu dunia kau kosong ..
Tapi kau tahu ?
Yang pergi tetap pergi
Kita ???

Al-Fatihah 

Yong Zulfa Ibrahim 

Wednesday, February 25, 2015

Menyepi

Assalamualaikum ,

25 Feb 2015 actually aku tengah sibuk kerja. menaip saje . Tapi tak tau kenape hati ni tergerak nak buka blog yang kian bersawang . Last update February tahun lepas ? hemm lame betul kan . Maaf ..

Ringkaskan...
Tahun lepas aku sibuk dengan Internship aku . Khabar aku waktu itu ? Hemm kata orang "kalau kau jatuh, kau cuba lah sedaya upaya untuk bangun sendiri" . Internship aku memang banyak sangat ilmu yang aku timba , tapi bila dirikau disisihkan, di beri tekanan .. kau harap sangat waktu itu berlalu dengan pantas, walau kau tahu 1 hari nanti kau pasti rindu hari itu . kau akan rindu dengan manusia2 yang terlibat waktu itu . Salah aku sebab terlalu baik atau .. macam mana ? aku pun tak tahu . But aku end up bangun dengan sahabat2 yang aku bersyukur dengan kehadiran mereka sehingga hari ini . Aku tak menyesal . Terime Kasih .

Sebab hati aku sakit terlalu lama, habis internship aku terus bawak diri balik kampung . Cari kerja bodoh-bodoh je kat sana , tapi not bad la . pengalaman aku buat ais krim yogurt, haha . nak handle mesin bile rosak and bla bla bla . Then kedai baju pulak , handle manusia yang pelbagai ragam . All that time 1 je aku fikir "sampai bile aku nak hidup macam ni ?" . Soalan tuh sampai aku tengah menaip ni pun still dalam kepale otak . kau faham tak ?

13 Nov 2014, done . Aku dah CONVO . Berjaya habiskan studies aku Diploma In Computer Science, dengan CGPA yang .. "aku mampu?" haha . Tapi kau tau ? Even time aku pegang sijil yang aku dapat time atas pentas tuh pun , diri aku masih berkata-kata . apa yang aku akan buat lepas ni . apa kerje aku lepas ni . how my future is , macam orang gila la cakap dengan hati sendiri . gile ke ? . but tuh la , and now aku stuck kat sini . Working as a clerk pula , and masih mencari2 future life aku yang sebenar .

Aku harap , aku punya kerjaya yang bagus . Boleh aku tunaikan angan aku waktu bebudak dulu . Belikan kereta mewah buat ibu dan ayah , tak mewah pun tak apa . asalkan aku mampu belikan sesuatu yang aku hajatkan dari dulu nak hadiah kan untuk mereka . Rumah ? haha kengkadang bile angan terlalu lama , aku cume ketawe kecil , dan aku cume cakap kat diri aku "MAMPUKAH ?" . tah la , aku pun tak sure , hanya Allah je yang tahu what my future is gonna be .. Wallahualam .

So, sebab nak cari future life sendiri dengan fikiran aku yang complicated ni la yang buat aku tak ada masa nak update blog macam zaman-zaman studies dulu . So , kalo kau terbace blog aku ni . kire .. kau ada jodoh dengan aku ? haha gurau . mungkin kau yang terbace ni pun sama macam aku? mencari2 diri sendiri .. mencari2 future kau juga ? atau .. kau dah pun dapat semue bende yang aku impikan ? eh tah la .. aku bukan ahli nujum . tapi . Terime kasih .. sudi menjeguk dan membace blog bosan aku .

Bye .