Nuffnang Ads

Followers

Thursday, February 26, 2015

Konon ..


Pernah rase tak .. bila kau hilang someone,
Dah bertahun sudah ...
Lama ..
13 tahun lamanya ?

Then ..
Bila one days kau dengan tiba-tiba ..
Rindu ?
Maksud aku rindu yang teramat?

Hati kau dah lama abaikan rindu yang hadir tuh,
Belum sempat dia berbisik,
kau dah pergi tanpa mendengar?
konon kau tak mahu hati kau sedih 

Konon,
Kau tak mahu titiskan lagi air mata,
Berlagak macam tak ada apa dengan kehilangan tuh,
Tapi sebenarnya ?

Aku tau kau rindu,
Bau harum dia ..
Senyuman dia ..
Gelak tawa dia ..

Masakkan dia ?
Setiap patah bicara dia?
Dan paling kau rindukan,
Belaian dia 

Ingat waktu dia pergi tingalkan segala?
Kali terakhir kau bersua?
Bila mana , dia ucap "Jaga diri'
Kau harap ini semua hanya mimpi.

Kau ketawa kecik,
Fikir semua ini hanya gurauan,
Paling tidak pun hanya mimpi ngeri,
Tapi bila kau sedar .. semua ni mmg realtity.

Hati kau bagai ..
dicabut ..
direntap ..
diragut ..

Macam orang gila ,
kau meratap
kau merayu
Tapi dia tetap dijemput ..

Aku tahu dunia kau kosong ..
Tapi kau tahu ?
Yang pergi tetap pergi
Kita ???

Al-Fatihah 

Yong Zulfa Ibrahim 

Wednesday, February 25, 2015

Menyepi

Assalamualaikum ,

25 Feb 2015 actually aku tengah sibuk kerja. menaip saje . Tapi tak tau kenape hati ni tergerak nak buka blog yang kian bersawang . Last update February tahun lepas ? hemm lame betul kan . Maaf ..

Ringkaskan...
Tahun lepas aku sibuk dengan Internship aku . Khabar aku waktu itu ? Hemm kata orang "kalau kau jatuh, kau cuba lah sedaya upaya untuk bangun sendiri" . Internship aku memang banyak sangat ilmu yang aku timba , tapi bila dirikau disisihkan, di beri tekanan .. kau harap sangat waktu itu berlalu dengan pantas, walau kau tahu 1 hari nanti kau pasti rindu hari itu . kau akan rindu dengan manusia2 yang terlibat waktu itu . Salah aku sebab terlalu baik atau .. macam mana ? aku pun tak tahu . But aku end up bangun dengan sahabat2 yang aku bersyukur dengan kehadiran mereka sehingga hari ini . Aku tak menyesal . Terime Kasih .

Sebab hati aku sakit terlalu lama, habis internship aku terus bawak diri balik kampung . Cari kerja bodoh-bodoh je kat sana , tapi not bad la . pengalaman aku buat ais krim yogurt, haha . nak handle mesin bile rosak and bla bla bla . Then kedai baju pulak , handle manusia yang pelbagai ragam . All that time 1 je aku fikir "sampai bile aku nak hidup macam ni ?" . Soalan tuh sampai aku tengah menaip ni pun still dalam kepale otak . kau faham tak ?

13 Nov 2014, done . Aku dah CONVO . Berjaya habiskan studies aku Diploma In Computer Science, dengan CGPA yang .. "aku mampu?" haha . Tapi kau tau ? Even time aku pegang sijil yang aku dapat time atas pentas tuh pun , diri aku masih berkata-kata . apa yang aku akan buat lepas ni . apa kerje aku lepas ni . how my future is , macam orang gila la cakap dengan hati sendiri . gile ke ? . but tuh la , and now aku stuck kat sini . Working as a clerk pula , and masih mencari2 future life aku yang sebenar .

Aku harap , aku punya kerjaya yang bagus . Boleh aku tunaikan angan aku waktu bebudak dulu . Belikan kereta mewah buat ibu dan ayah , tak mewah pun tak apa . asalkan aku mampu belikan sesuatu yang aku hajatkan dari dulu nak hadiah kan untuk mereka . Rumah ? haha kengkadang bile angan terlalu lama , aku cume ketawe kecil , dan aku cume cakap kat diri aku "MAMPUKAH ?" . tah la , aku pun tak sure , hanya Allah je yang tahu what my future is gonna be .. Wallahualam .

So, sebab nak cari future life sendiri dengan fikiran aku yang complicated ni la yang buat aku tak ada masa nak update blog macam zaman-zaman studies dulu . So , kalo kau terbace blog aku ni . kire .. kau ada jodoh dengan aku ? haha gurau . mungkin kau yang terbace ni pun sama macam aku? mencari2 diri sendiri .. mencari2 future kau juga ? atau .. kau dah pun dapat semue bende yang aku impikan ? eh tah la .. aku bukan ahli nujum . tapi . Terime kasih .. sudi menjeguk dan membace blog bosan aku .

Bye .