Nuffnang Ads

Followers

Thursday, March 26, 2015

BLUE TICK

Pagi !

Hari ni aku berani kan diri,
Tajamkan minda,
Kuatkan jari jemari,
Dan type... type.. type.. type..
Done !

Hembus nafas,
Hati berdebar-debar tunggu blue tick.
2 minit berlalu ..

Belum lagi ...

3 minit ..

4 minit ..

5 minit ..

Masih belum baca lagi !
Perut aku memulas minta dikeluarkan isi ..
Shittt tak boleh ! aku kene tunggu sampai blue tick !

And YES !!
Dia dah baca !

Type.. type ... type... type..
Lamenye dia type,
Time tuh jugak isi perut aku putar-putar macam dalam mesin basuh .

"Hi, Miss after we discussed, we want to know, bila miss boleh start kerja?"

Maigod Alhamdulillah !!! ape nak buat ni !!
Excited sangat sampai aq stuck tak tahu nak type apa.
Perut yang berpusing-pusing minta keluarkan isi ni pun excited, sakit perut !
Otak pulak tiba-tiba beku .
Dammit.
Tetiba rasa nak nagis . Hahaha . Hati aku rapuh . Gembira kemain.

"Ist April or May?" (blue tick)

"ok"

HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHA

jawapan pendek, walau tak puas tapi ..
TOLONG AKU BERTERBANGAN DI AWAN .

Terima kasih atas rezeki ini Ya Allah
Semoga ini satu permulaan yang bagus?
Insyallah .

*tq faris ! hihihihihih :)


No comments:

Post a Comment