Nuffnang Ads

Followers

Saturday, March 28, 2015

Memories

Selamat Pagi, Petang dan Malam :)

Tadi terserempak dengan budak-budak dok berkumpul depan 7-E busy main COC. Tak fun lansung life budak-budak sekarang kan ? haha.

Dulu walau aku perempuan tapi, lasak macam lelaki, lepas tuh degil nak mampos sampai semua bende aku pernah rasa dari aruah ibu aku. Hahaha .. tapak tangan dia, hanger dari plastic, tukar kayu, tukar besi haha ..semua tak lut, tak tahu la kulit apa aku ni . getah paip ? jangan cakap la .. sedap woo kalau kene, nak tido malam lena jugak la haha sebab apa ? sebab malam-malam lepas mak aku balun aku sebab degil dan nakal sangat .. dia mesti mai bilik aku sapu minyak. Hihi sumpah rindu nak dengar dia mengamuk lagi hahaha .

Dulu masa aku kecik-kecik sebelum adik aku no 2, anis tuh lahir, aku tak ada kawan perempuan. kawan aku semua lelaki and kawan baik aku masa tuh adalah adik sepupu aku nama dia Iskandar bawah setahun dari aku. Dia je kawan aku waktu tuh, dia ajak panjat pokok .. aku panjat.. sampai terusik sarang kerengga lepastuh sorang-sorang .. gedebuk jatuh pokok . tinggi kut pokok tuh . yang best aku still maintain dengan badan calar balar tak nangis lansung, adik sepupu aku je yang menangis sakit-sakit..balik tambah kene balun dengan ibu dia . kahkahkahkah . lepas tuh kitaorang main dalam longkang la, tangkap pepatung dengan ladybird masuk dalam botol kosong. yang paling tak boleh bla dan sampai hari ni aku rasa aku dengan Is sebiji macam citer cartoon "CAT & DOG" sebab apa tau ? sebab kiteorang suka kejar lori sampah .. KAHKAHKAHKAH bodo melekat sampai sekarang bodoh aku ni hahahha .

1st time aku bawak basikal , aruah ibu aku yang ajar. Aku ingat lagi .. basikal besar warna merah ada raga kat depan dia . masa belajar tuh jatuh banyak kali , sampai ma aku fadeup nak ajar aku last-last dia masuk rumah. Actually aku tau je bawak basikal, tapi saja ngade-ngade nak susahkan ibu aku yang tak ada kerja time tuh . tapi dia merajuk pulak haha . lepas dia masuk .. aku action depan dia . bawak basikal, die senyum pastuh tepuk tangan cakap aku pandai hahaha . kembang macam mangkuk la aku . kiki

Pernah sekali tuh, aku gaduh dengan ibu aku. Lepastuh melawan cakap dia .. hentak-hentak kaki masuk bilik. Belum nak jejak kaki dalam bilik.. tetibe aku rase something masuk dalam seluar lagging aku time , Sumpah geli gile babi kut ! mengelupur aku nak tarik kaki seluar .. tapi sebab seluar tuh legging jadi.. aku mampu tepuk je dari luar . sekali CREETT !! . aiyekk geli aku tuh boleh demam esok hari tau . Hahaha . Bapak aku mai2 die tarik kaki seluar aq tengok2 rupanya lipas KAHKAHKAHKAH .. penyek sampai keluar isi putih kau tau ! YAKS ! and sampai sekarang aku paling fobia dengan lipas, nak2 kalo dia dah kembangkan kepak dia ! DAMM SHIT ! haha . Moral of stories .. kaw jangan nak degiil melawan cakap ibu .. 2/3 tapak pun dah Tuhan nak kasi balasan HAHAHAHA .

Bila time banjir tuh yang shok time tuh tau , sebab time tuh main2 sampan . duduk atas tin biskut besar yang kosong tuh pastuh dayung2 pergi rumah Is kat sebelah.. action ke dia haha . perghh best giler.. ibu aku dok perati je aku dalam rumah hahaha . Banjir time tuh tak ad la tinggi sangat, tapi lepas lah kalo nak main2 sampan. Kadang- aku curi kotak gabus ibu aku duduk dalam tuh main dayung2 sampan. dulu ringan, sekarang kalo aku masuk tak muat, lagi 1 .. smpai mampus kaw nk duduk dalam kotak tuh pun takkan terapung hahahaha .

Citer waktu sekolah ? Hahaha dulu aku pernah lari sekolah tadika kaw tahu ? aq lari sekolah time tuh sebab aku tak suka dengan cikgu aku. so end up aku panjat pagar sekolah waktu cikgu tengah mengajar and lari balik rumah anak angkat aruah ibu aku dulu, betul2 depan sekolah. so abang aku hantar la aku balik rumah . sampai rumah mak aku dah macam singe , tunggu time abang aku balik .. memang habis teruk la aku kene balun . hahaha. ibu aku marah aku, tak marah cikgu pun .. bengang gila aku. Then ibu aku masukkan aku kat tadika campuran mse tuh .. "Tadika Roshies" tak silap aku, 1st day masuk sekolah aku dah fobia, pastuh aku nagis2 pegang ibu aku.. nak tak nak cikgu aku pegang aku .. lepastuh ibu aku lari terus kunci pagar hahahahha . gile la cikgu time tuh dengar aku meraung. dah lama nagis aku fikir cara yang sama nak lari sekolah tau.. sekali aku dah habis panjat last2 pagar dia ada yang tajam2 macam tombak kat atas tuh, lagi bertambah sedih aku tak leh nak keluar dari situ . Kahkahkah . tapi akhirnya aku berjaya juga bergaul dengan bebudak and cikgu dalam kelas tuh smpai aku 6 tahun . hihihi. petang aku sekolah TADIKA PASTI, ustazah baik belaka so aku tak ada pun buat masalah time dekat situ hihi .

Actually banyak je bende yang aku through a lot masa aku budak-budak . nak citer sini memang tak cukup sehari la kan aku nak cerita . hihihihi but tuh la aku cakap , dulu masa aku bebudak hidup macam syurga kan.. tak ada masalah , happy nak main-main , life lagi gile gempak siap main kejar-kejar dengan lori sampah kahkahkahkah . K tuh je nak citer .

Mekasih sebab korang rajin nak baca kaarangan panjang lebar aku ni . Hiks ,

BYE 

No comments:

Post a Comment