Nuffnang Ads

Followers

Wednesday, July 29, 2015

Ahmad Danial Ibrahim

Assalammualaikum .

29 Ramadhan 1436 Hijrah, bersamaan 16 Julai 2015, Ahmad Danial B. Ibrahim, telah kembali pada penciptanya, dan pergi tinggalkan kami . Sepsis with multiorgan failure . Tak siapa pun sangka dia akan pergi dengan umur yang begitu muda . Betul la tuh, ajal maut tak kira tua atau muda pun.

Aku sampai sekarang masih terasa2 semua ni just mimpi ngeri ja . Tapi sekarang, aku redho dengan pemergian dia. Cuma aku ambil masa dengan keadaan nieh . Dulu, mana2 aku pergi ada ja dia kat sebelah . banyak sangat bende kami buat sama2 .

Aku, Dan, Faris, Dina .. mana2 pergi ja berempat . Kita pie rumah kaw kat semenyih tuh naik motor, sampai ke putrajaya kita merayap . Then bila kat kedai makan LRT Corner tuh, kalo faris and dina pie merayap pie kedai . kita lepak2 jap kat buaian sembang2 pasal crush kaw, family kaw, farid aku, family aku . kaw memang pendengar setia aku . semua masalah aku kaw dengar . semua masalah aku ada ja kaw selitkan nasihat untuk aku . even kalau aku gaduh dengan farid pun, kau yang nasihat ke aku macam2. tapi lepas ni, sapa ja nak dengar masalah aku dari A-Z dan ? Sapa yang nak kasi nasihat ke aku dan ?

Ingat tak masa kita pie main rollerblade kat titiwangsa. kaw yang ajak, tapi kaw tak nak main pulak . sampai razzi dengan faris bising .last2 kita main basikal . kaw follow belakang, tengok aku dengan dina main basikal . kaw siap bising2 lagi kat belakang "jangan bawak laju2.. gelap ni. nnti jatuh dalam tasik aku tak boleh nak selamatkan kaw" haha . sumpah rasa selamat everytime aku ada dengan kaw .

Kaw kawan lelaki pertama aku yang ajak solat berjemaah sama2 masa time kita pie seremban tengok bob tuh .time tuh kita tak rapat lagi, then kaw offer kat aku and dina "nak solat sama2 tak", tapi aku tolak sebab masa tuh aku tak tau solat berjemaah dan . sebab tuh aku tolak perlawaan kaw . Sampai sekarang aku ingat dan . Dari situ kita dah start rapat dah kan .

Malam2 aku selalu kacaw kaw, "gemoks, kaw buat apew?" haha rindu doh nk wasap kaw malam2 bute . bila kaw buat lawak hambar, and aku tak faham . mesti kaw cakp "adoi, boring betul la kaw ni . baaik jadi siput" haha rindu la seyy .

Kaw tau ape paling aku rindu ? aku rindu kaw wasap aku ajak aku makan . Kaw tak pernah lupa tnya aku dah makan ke belom . sebab kaw tau aku kuat makan . Pagi, petang, malam mesti tak pernah lupa aku . "oi gemok, turun. aku kat bawah ni" hahahaha . sumpah aku sedih danial .

Aku sampai sekarang, kalau keluar jalan ramai2, aku dah biase tinggalkan ruang kosong kat sebelah aku . sebab biasanya kaw akan jalan sebalah aku .Sekarang, aku rasa kosong . aku pergi mana2 pun , ceruk mana pun mesti ada 2/3 memori kita berempat . hati aku ni tak tau la nak cakap macam mana dah . tapi aku kene kuat, kene biasa kan diri mulai sekarang . aku kene terima hakikat, kaw tak ada dengan aku dah . aku kalau sedih macam ni, sedih lagi faris yang kenal kaw dekat 4 tahun tuh ., and lagi sedih ibu and ayah kaw danial . Masa kenduri tahlil kaaw cukup 7 hari tuh, ibu kaw peluk aku nangis2 . Allah, sebab danial. sebak . kaw paling.. sayang ibu kaw kan . dulu time kaw sakit, kaw cakap kat aku . kaw nak sihat cepat . tak nak kasi ibu kau risau . kan ? Tapi Allah tuh lagi sayang kaw danial .

Ingat masa time konvo kita tahun lepas ? ibu ayah aku tak datang . sorang pun tak dapat hadir hari convo aku . tapi kaw tak biar kan kami . kita pergi berempat dengan family kaw naik van . kan ? Aku tak rasa sedih sangat sebab koranga ada dengan aku waktu tuh . And paling aku tak boleh lupa time tuh, semua orang dapat bunga . tapi aku sape2 pun tak kasi aku bunga . Then dalam kita jalan sesame , tetiba kaw hilang, and kaw datang bawak bunga and bear untuk aku . kaw cakap "Nah, kata tak ada orang kasi kaw bunga, ni bunga untuk kaw" .. haha kaw tau x aku terharu giler time tuh . bila aku ingat balik ni , sumpah aku sedih danial . Terima kasih untuk waktu tuh dan . Bila aku senyap ja dalam van, kaw cakap "dah yong, jangan sedih, kiteorangkan ada" Allah .. Sumpah aku sayang kaw .

Aku harap, kat sana nanti kaw akan jumpa bidadari yang paling lawa atas sana . macam yang kaw impikan sebelum ni . and semoga Allah tempat kan kaw diantara orang2 yang beriman dan beramal soleh danial .Beruntungnya engkaw dapat pergi dalam bulan Ramadhan danial .

Terima kasih jadi sahabat aku yang tiada galang ganti danial. kaw anugerah Allah untuk kami, walau dipinjam sekejap ja pada kami . Selama aku kenal kaw, kaw anak yang soleh solehah, taat perintah Allah, hati kaw ikhlas danial, and baik budi pekerti kaw. aku tak lupa semua tuh . Terima kasih untuk segala memori kita . Aku simpan rapi2 memori kita ni .Semua pertolongan engkaw pada aku, aku ingat sampai bila2 dan . Jatuh duduk aku, bangkitnya aku, sedih gembiranya aku, kaw selalu ada untuk aku . kaw, dina and faris . Aku harap, aku tak lupa wajah kaw, and seorang Ahmad Danial untuk aku .
















IN MEMORIES
Al-Fatihah Ahmad Danial 
1993-2015


Tuesday, July 14, 2015

Serabut :'(

Boleh tak aku nak give up on everythings, berhenti kerja and cari jalan nak sambung degree and .. pikir macam mana nak survive sendiri sepanjang tempoh pengajian tuh ? Boleh tak ?? Please, I’m sick of all this .Gaji aku 16++, but i dont have EPF, SOCSO. And im not doing for one job only. Aku mengajar, buat game, jadi cashier, jaga kedai, susun barang and now bos aq tengah mengkusutkan kepala otak aku dengan mobile apps .

Maigosh, cannot handle all of this , kalo dia tak kasi pressure tak pe, aku boleh berlajar perlahan2 . ni tak .. tiap mase dok tanye aku pasal mobile apps . Aduii pening pale aku ni. Dah la aku sorang ja pekerja dia, nak push2 aku macam dia ni amik student mobile computing,  dekan 6 sem berturut2. Dari mula lagi aku dah cakap, aku mobile apps zero knowledge, so what do you expect?
Aku ni dah la lembap orang nya, push2 aku macam ni fadup aku nak kerja . Dulu masa memula datang interview, cakap aku kerja buat animation . Then lari pie buat games, tak apa laa aku boleh terima. Sekarang nak suruh aku buat mobile apps pulak . Allahh ... pening aku macam ni .
Aku pun tak tahu berape lame boleh survive dekat tempat ni . Bukan aku tak suka dengan kerja aku, aku suka kuutt .. Cuma .. kadang2 bila fikir balik .. aku tak selesa dengan persekitaran tempat kerja aku . Macam kadang2 tuh rimas tau . Aku tak ad main office, so aku buat game semua kerja kat meja cashier . So, bila idea aku tengah berkembang ka, tengah busy ka .. tetiba terganggu disebabkan kena jaga mesin cashier bila customer datang .

Then, baru2 ni bos aku mengamok sebab ada lah pekerja kedai ni cakap aku tak buat kerja, asik dok bersembang aja . Hello, aku kerja buat game ja kay, hang nak expect aku buat kerja kedai jugak ? susun barang macam aku memula masuk kerja ? haish, abis apa guna pekerja kedai hang tuh ? yup, memang salah aku pun sebab asik bersembang ja, tapi pernah ka aku tak siapkan kerja yang hang mintak ? tak pernah pun. Habis, aku ni kena 24 jam hadap laptop aku ja ka ?  jangn sembang2 dengan orang ? cammon la, banyak sangat masalah kat kedai ni . siriusly aku tak selesa .
Habis bulan 7 nieh, kira dah 4 bulan aku kerja kat sini . Aku pun tak sure boleh teruskan ke tak kerja sini . kalo aku berenti .. kene cari kerja baru dengan gaji yang sama atau lebih dari sebelum ni . apa lahh nasib aku ni . kerja 3/4 bulan dah berhenti . Sampai bapak aku sendiri cakap, aku ni tak ada pendirian . sedih L

Aku sekarang tengah fikir nak sambung belajar ni, tapi mana pulak aku nak cakaw duit pendaftaran ? duit pengajian? Duit tiap2 bulan nak makan, belanja semua ?? sape nak support aku ? L Memang tak lah aku nak mintak duit bapak aku. Dia kat kampung tuh pun cukup2 makan ja . Aku nak amik course Multimedia kat UNIKL tuh .. dah 2 kali aku tolak tawaran UNIKL tiap kali masuk intake . Mane nak buat, tak ada rezeki pun..


Tah la, aku pun dah redho dengan jalan yang Allah tengah aturkan untuk aku ni . Dia sorang ja tau apa nasib aku pas ni . hemm so tuh ja la aaku yang boleh ngadu ke hampa . thanks for readiing . Oh ya ! SELAMAT HARI RAYA guys :D

Thursday, July 9, 2015

Ujian Dia

Assalamualaikum

28 June 2015 (PETANG 9.00 AM)

Member aku Danial kene tahan wad Hosp Kajang . dah 3 weeks muntah2. check klinik doctor cakap gestrik. But it's already 3 weeks dah. kesian giler tengok dia, nak makan je muntah. Last2 pie Hosp Kajang kene tahan . syak hepatits .

28 June 2015 (MALAM 9.00 PM)

Malam tuh, aku dapat wasap yang mengatakan "Danial sedang kritikal" .  Allah.. tak tahu la macam mana nak gambarkan perasaan waktu tuh .

29 June 2015 (PAGI 12.30 AM)

Pagi, dalam pukul 12.30 macam tuh, dapat wasap lagi. "Danial dipindahkan ke Hosp Ampang" . Waktu tuh, memang tak senang duduk dah bila kawan baik kaw dah sakit sampai macam tuh sekali . nak pergi kerja hari tuh pun.. sumpah tak ad mood. dengan risau nya,sedihnya, kusut nya . Tak tahu lah nak cakap ape. Tapi last2 doctor cakap, confirm kene kencing tikus. :'(

Pagi pukul 9.30, dapat wassap lagi. dia still tak sedarkan diri and diberi rawatan pernafasan . Allahu .. lindungilah sahabat aku .

Petang tuh, lepas habis kerja, macam pelesit aku balik . Semangat nak tngok budak tuh . lagipun waktu melawat 4.30 smpai pukul 7, so habis kerja kul 5 terus kene rushing pie sana. Sampai sana bila tibe turn aku, masuk2 .. mau berderai air mate aku tengok dia . dengan wayar sana sini , tiub2 , mesin2 kiri kanan , tangan kene ikat . Allahhuu tak tau la aku nak cakap waktu tuh. Yang aku tau, aku mintak Allah sihat kan dan sembuhkan balik sahabat aku sorang tuh . Tak sampai 5 minit pun aku tengok dia, sumpah tak sampai hati tengok dia macam tuh .

30 June 2015 (Pagi waktu sahur)

Bulan2 pose, waktu bersahur pulak .. tayar moto si dan kene rembat . Allahhuuu , berat betul dugaan sahabat2 aku kali ni . Tengahari pulak, ayah si dan cakap danial dah stabil, tiub pernafasan dah tanggal, just bergantung dengan mask pernafasan pulak . Alhamdulillah . Hari tuh, kami semue tengok dia pun, dia still dalam mamai2 . cakap tuh memang boleh, but still lemah lagi lah. Tapi hati ni dah lega dah tengok dia dah boleh berkomunikasi .

1 July 2015 (Tengahari)

Si gemok tuh dah makin baik, but doctor still buat test darah lagi. Hari ni pie melawat dia, macam2 dia mintak. Air tembikai laa , lontong laa, sarang semut la, spegetti lah. Hambooii hahaha, siap boleh buat lawak hambar lagi . blergh .. :)

2 July 2015 (Petang)

Hari nieh, si gemok tuh dah nak pindah hosp kajang balik . Aku balik kerja terus shoot naik teksi pie hosp ampang, kut2 sempat kaa.. sampai kat pintu kecemasan, aku tengok dia dah masuk dalam ambulance. Uwaa cediihhh, pakcik teksi pulak tak mau bukak pintu, nak kira duit sampai cukup. Hantu betul, dah macam drama dah aku dok suh dia bukak pintu. Lari2 sampai ke ambulance tengok kak long dia dah msuk dah. bukan ape, takut nanti die dah pindah hosp kajang, aku dah tak boleh tengok dia dah. Jauuhh .. so aku sempat cakap bye bye je ke dia. tuh pun tak nampak pun muka dia. uwaa cedihhhh :')

3 July 2015 (Tengahari)

Bad news, si dan kene masuk ICU balik sebab jatung, paru2,buah pinggang and hati dah bengkak . Allah .. ujian apa lagi Kau uji dia.

6 July 2015 (Petang)

Hari ni, si dan kritikal . Jantung dia dibantu mesin hayat .. kami yang jauh ni, mampu berdoa ja, semoga dia diberi kesihatan sidia kala .

7 July 2015 ( Pagi)

Dia dimasukkan darah, and sampai hari ini aku still tak tahu perkembangan dia yang terkini. But Insyallah, sabtu ni aku pie tengok dia . sebab rabu dah nak balik perak . so harap before aku balik beraye dapat tengok dia sekejap . Sedih kut, dah nak raya pun dia still macam tuh jugak . kami nak beraye pun teringat2 dia .

Thank for reading, entry aku kali ni, maaf membosankan . Tapi kalo korang sudi,
mohon korang doakan untuk sahabat aku Ahmad Danial Bin Ibrahim untuk kembali sihat macam dulu . sebab kami sumpah rindu giler kedia. Selamat Hari Raya Danial :')