Nuffnang Ads

Followers

Monday, December 28, 2015

My Salary

Assalammualaikum

Hai ..

Actually tak ada apa punya yang best nak cerita untuk entry kali nieh . but aku tak nak berhabuk blog aku nieh . Ok, to make it simple, actually i dah hampir 2 bulan kerja dengan company baru, and kali ni I take a big challenges and lari dari bidang aku sebelum nieh, and now I'm working as telemarketing kat sentral vista, brickfields kl . Hahaha jauh kan lari nya .. dari part time cikgu, app/games developer .. tup2 lani aku lompat pie telemarketing . haha funny betul hidup aku ni . but, nak buat macam mana ? sekarang peluang pekerjaan untuk golongan macam aku ni hemm macam payoh aje . kee sebab aku yang mmang tak berkelayakkan or aku yang tak mencari dengan bersunguh-sungguh for bidang aku ? hemm entah la . but, sekarang ni, kerja je lah selagi ad kerje, biar lah tak minat or tak kena dengan jiwa, janji kerja niat kerana Allah, family and diri sendiri, kerja sungguh2 and ikhlas melakukan semue benda . tuh ja

Hemm, citer pasal gaji ni . kadang2 duduk KL terasa duit ni macam air.,haha korang tak rasa ke ? dengan tambang public transport makin naik . Before this, aku hanya spend every month RM100 for RAPIDKL sahaja. so dengan RM100 tuh, dah tak payah risau dah pergi balik kerja, kau nak pergi beli barang dapur naik lrt kesana kemari ke tak kisah .. sebab RM100 tuh memang for 1 month . But now,RAPID just kasi discount for 30days untuk pemegang card rapid, means now, duit yang akan ditolak, so dalam pengiraan aku, aku kene spend hampir RM150 pegi balik kerja for 20 days only . Chempaka to Tun Sambathan . blergh

And, now days RM50 kalau ada dalam poket, sure seminggu pun tak cukup . jangan cakap seminggu la . 3 hari pun belum tentu cukup . Entah bila aku boleh menyimpan tah la . kadang2 akhir bulan macam sekarang ni, memang ikat perut la . RM5 for a days . mengidam la ape pun, aku tetap kene spend less than RM5 .

Actually untuk aku, gaji yang aku dapat every month aku akan spend untuk
*MARA = RM100 (itupun kengkadang tak dapat bayar)
*BIL API AIR = RM30
*SEWA RUMAH = RM150
*CARD RAPID = RM144 20days + EXTRA 30 (in case emergency)
*HANTAR KAMPUNG = RM200 / RM 150 / RM100 (Ikut kemampuan bulan tuh)
*TOPAP INTERNET+CALL = RM40
*SIMPANAN = RM50 (if ada lebih lah)

ni semue paling minimum aku spend every month . tuh tak termasuk, belanja barang dapur, stock makanan , pakaian, belanje kehendak semua lah . haha .. so dengan gaji aku as telemarketing yang tak seberape ni, korang boleh fikir la,macam mana punya aku bersusah payah dok ikat perut akhir bulan tuh . hahaha . aku pun teringin jugak nak beli motor, kereta, tapi dengan gaji macam ni and dengan ekonomi sekarang .. simpan je lah niat ni . Insyallah, ada rezeki Allah nak kasi tuh, adalah . Kan ?

Cuma tuh lah, aku harap menteri2 kita boleh rasa semua bende yang aku lalui sekarang supaya masa akan datang, diorang tak ada lah kasi statement yang kadang2 aku rasa depa ni dok main cakap ja, sedangkan depa tak tahu kesusahan yang kami hadapi but they act like the know and they understand us . just, rasakan sendiri kesusahan rakyat yang gaji macam aku ni, and yang dapat lebih rendah dari aku ni . macam mana kaw survive dengan gaji RM 1300 in KL dengan bayar semua benda yang aku bayar selama ni, and makan minum kaw in 1 month ni mmg bergantung dengan gaji kau yang sebanyak RM1300 . tak ada side income or, duit dari mak ayah . NONE.

Entah lah, mungkin aku sorang je kut yang berada in this situation . Hihi . last things aku nak cakap, maafkan aku andai entry aku kali ni kut2 sensitive ka, or ad yang tak berkenan ka ya . just leave a comment and i'll read it . and .. and .. doakan aku murah rezeki selalu .

Thank you guys
Assalammualaikum

No comments:

Post a Comment